CADANGAN KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT DAN GAJET KE SEKOLAH
Oleh: Mohd Nasir Yaacob
“Majoriti guru tak setuju”, “NUTP bantah bawa telefon”, “Teliti kesan pelaksanaan”..
Itu antara beberapa reaksi daripada pelbagai pihak apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah mulai tahun 2013 dengan beberapa syarat bagi memastikan ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit kian meningkat dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda terutamanya kepada golongan remaja. Statistik menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5peratus adalah para remaja yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia, 2006: 11).
Sebenarnya isu ini bukanlah baharu kerana pihak Kementerian Pelajaran sendiri pernah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sebelum ini namun ianya telah ditarik balik pada tahun 2009 atas beberapa sebab.
Jika dilihat secara keseluruhan kebenaran untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah pada tahun 2013 ini akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan walaupun kebenaran bersyarat akan diberikan untuk menggelakkan kemudahan teknologi itu mengganggu proses pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong.
Malah hasil kaji selidik oleh pihak Kementerian Pelajaran pada tahun 2011 membabitkan kira-kira 2000 responden di seluruh Negara mendapati 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri menolak cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Muhammad Khailani Abdul Jalil yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid. Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman pihak sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini.
Yang menjadi persoalan sekarang adakah wajar kebenaran membawa telefon bimbit ini diberikan semula kepada pelajar pada tahun 2013?
Mari kita lihat apakah kebaikan dan keburukan jika kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet ini ke sekolah diteruskan.
Kebaikan:
- · Memudahkan pemantauan.
 
- · Pembelajaran Interaktif melalui internet.
 
Keburukan:
- · Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
 
- Menambah beban tugas guru
 
- Penyalahgunaan telefon bimbit dan gajet
 
Naluri kanak-kanak dan
remaja yang sentiasa ingin tahu boleh menyumbang kepada penyalahgunaan telefon
bimbit di sekolah. Ini termasuklah membuat rakaman dan memuat turun video serta
gambar yang tidak sepatutnya. Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, terdapat pandangan mengatakan bahawa pelajar
lebih suka menghabiskan masa dengan permainan dalam telefon bimbit serta
melanggar disiplin seperti mengambil gambar tidak sopan (Azran Jaffar,Berita
  Minggu: 22Januari 2006).- · Menambah beban ibu bapa
 
Tuntasnya, kita dapat melihat lebih banyak kesan negatif jika cadangan memberi kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah pada tahun 2013 diteruskan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Kesannya bukan hanya akan dirasai oleh pelajar dan ibu bapa sebaliknya tempias yang lebih besar pasti akan dirasai oleh guru-guru dan pihak sekolah sendiri. Seharusnya kajian yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum cadangan ini dilaksanakan.
Link-link berkaitan:
http://asrafzamani.com/pelajar-dibenarkan-untuk-membawa-telefon-bimbit-dan-gajet-it-ke-sekolah-mulai-2013/
http://www.budakbotak.com/2012/07/pelajar-dibenar-bawa-telefon-bimbit-ke.html#axzz24pSbFM7F
http://www.mazidulakmal.com/2012/07/kebenaran-pelajar-membawa-telefon.html
Rujukan:
Ahmad Puhad Bin Alim & Nazatul Akma Binti Zakaria,(2008) Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Haspaizi Mohd Zain, Berita Harian, 17 Julai 2012
Syuhada Choo Abdulah , Berita Harian, 18 Julai 2012


No comments:
Post a Comment