PELAJAR LEMBUT




SENARIO KEMUNCULAN GOLONGAN PELAJAR LELAKI LEMBUT DI SEKOLAH DAN IPT


Oleh: Robiah Bidin


PENGENALAN

Pada 18 Julai 2011, Mohd. Ashraf Hafiz telah menggemparkan tanah air dengan membuat permohonan untuk menukar status jantinanya kepada perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Dia dikatakan telah membuat pembedahan jantina di Thailand dua tahun lalu telah  menfailkan permohonan untuk menukar status jantina dalam kad pengenalannya. Namun, permohonannya  telah ditolak oleh pihak mahkamah.

Kemudian, pada 21 Disember 2011 pula, kita dikejutkan lagi dengan berita perkahwinan pasangan sejenis rakyat Malaysia, Arif Alfian di Ireland. Arif, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan tajaan Mara telah dilaporkan berkahwin dengan pasangan sejenisnya, seorang Warga Inggeris di sebuah  gereja di luar negara. Dia yang didakwa hilang oleh bapanya sejak 2009 dikatakan telah menetap di Ireland secara sah. Walaupun tindakannya itu menimbulkan kontroversi, namun tiada sebarang kenyataan maaf keluar dari mulut lelaki ini seolah-olah tindakannya itu langsung tidak bersalah. 

Ini merupakan beberapa contoh kes kecelaruan gender yang melibatkan golongan terpelajar Malaysia. Golongan lelaki lembut ini dikatakan makin bertambah bilangannya dari setahun ke setahun. Menurut Fadilah binti Zaini (2009) dalam hasil pembentangan kertas penyelidikannya yang bertajuk Sahsiah Pelajar Lelaki Lembut: Suatu Persepsi Masyarakat Kampus UTM menyatakan bahawa kecelaruan gender atau dikenali sebagai disforia gender sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sesama sendiri dengan anggota jantina kelaminnya. 

DEFINISI LELAKI LEMBUT.
Menurut Fadilah binti Zaini (2009), lelaki lembut adalah merujuk kepada lelaki yang lebih kepada sifat keperempuanan sama ada dari segi gerak geri, keadaan, percakapan dan sebagainya. Biasanya golongan ini dilahirkan normal sebagai seorang lelaki dan dibentuk oleh ibu sejak mereka berumur 3 tahun lagi. Apabila dewasa naluri mereka yang terarah kepada kewanitaan terus berkembang dan menjadi popular apabila bertemu golongan dalam kumpulan mereka. 

Pendaftaran masuk para pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semakin bertambah pada saban tahun dan pihak universiti menerima kemasukan pelajar tanpa adanya diskriminasi sama ada dari segi bangsa, agama dan jantina.Dalam hal ini, tentunya kita dapat menyaksikan pelbagai gaya penampilan atau ciri personaliti pelajar-pelajar yang mungkin berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi bertingkah laku, cara berpakaian mahupun pergaulan. Setiap tahun IPT terus menerima kemasukan pelajar baru termasuklah kumpulan pelajar yang beridentiti transeksual, kerana daripada segi pencapaian akademik, mereka bijak dan setanding dengan pelajar lain, malah ada dalam kalangan mereka yang memperoleh pencapaian cemerlang. 

Pada peringkat awal kemasukan ke universiti, mereka memiliki penampilan dan cara berpakaian normal seperti pelajar lelaki lain. Perwatakan mereka sebagai lelaki lembut belum begitu ketara. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut berubah apabila mereka mula mengenali dan bergaul dengan pelajar-pelajar yang sama-sama mempunyai kecenderungan atau keinginan sebagai seorang wanita. Apabila mereka menjalani  kehidupan dalam kelompok pelajar yang sama ini menyebabkan mereka seolah-olah tidak ada perasaan segan silu menampilkan diri seperti seorang wanita di hadapan kelompok pelajar yang lain atau ketika menghadiri kuliah.

Malah, dari segi pergaulan pula, kebiasaannya golongan ini lebih suka bergaul dan berkomunikasi sesama mereka atau dalam kelompok mereka sahaja. Malah, mereka juga menubuhkan persatuan mereka sendiri untuk memudahkan perancangan dan pergerakan aktiviti kelompok dan tempat untuk mereka berbincang serta berkongsi segala masalah. Penubuhan persatuan sebegini menyebabkan bilangan mereka semakin bertambah. 

Terdapat golongan pelajar lelaki lembut ini yang berani menggayakan penampilan sebagai seorang wanita bukan sahaja dari segi bertingkah laku seperti wanita malahan turut mengenakan solekan wajah dan memakai aksesori untuk kelihatan anggun dan menarik. Dari segi berpakaian mereka sangat mementingkan kekemasan dan berpersonaliti menarik. mereka juga dikatakan sangat up-to-date dengan perkembangan fesyen wanita. Manakala dari segi kecantikan pula, mereka sentiasa menghias diri seperti bermekap, memakai aksesori-aksesori dan sebagainya supaya kelihatan menarik.

Sememangnya jelas bahawa golongan ini mempunyai impian dan harapan yang tinggi untuk mengubah imej diri menjadi seperti seorang wanita sejati. Lantaran desakan naluri kewanitaan yang kuat mereka bertindak sedemikian semata-mata mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya. Malah tidak keterlaluan dikatakan golongan ini sanggup menghabiskan wang yang banyak demi untuk memenuhi kehendak hati mereka. Golongan mementingkan soal kesihatan diri dari segi penjagaan kulit muka, badan dan lain-lain dengan memakan ubat-ubatan, dan mengamalkan pengambilan pil-pil hormon untuk membentuk kulit yang halus serta pertumbuhan payudara.  

Satu lagi aspek ialah dari segi tingkah laku. Golongan ini  sering menunjukkan sifat kewanitaan yang terserlah seperti cara berjalan, percakapan atau tutur kata yang lemah lembut, malah ada yang keterlaluan dan manja. Ada yang menyifatkan tingkah laku mereka ini jauh lebih sopan berbanding dengan wanita sejati. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi merealisasikan impian mereka, kerana  pada pandangan mereka, kehidupan akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat meneruskan kehidupan sebagai wanita berbanding dengan kehidupan asal yang dianggap penuh kepura-puraan.

Pelajar-pelajar lelaki lembut ini lebih suka melibatkan diri di dalam kegiatan ko-kurikulum yang berunsur kesenian dan kebudayaan. Tarian dan drama menjadi pilihan utama melahirkan bakat mereka dan dalam masa yang sama cuba menampilkan identiti yang selama ini tersembunyi daripada pandangan umum. Tidak dinafikan mereka turut memberi sumbangan menaikkan nama universiti dalam aktiviti ko-kurikulum walaupun dalam masa yang sama mereka ini juga dikatakan boleh menjejaskan imej universiti.



KESAN
Fenomena transeksualiti dalam kalangan pelajar ini biasanya membawa konotasi negatif dan pandangan serong di kalangan pelajar-pelajar normal, serta pihak pengurusan pelajar. Pelajar yang berkelakuan transeksualiti ini sering kali menjadi bahan gurauan, ejekan dan cemuhan. Penampilan mereka yang berbeza dengan pelajar normal sering kali mengundang rasa kurang selesa di kalangan masyarakat kampus lain. Walau bagaimanapun, situasi tersebut sedikit pun tidak menghalang pergaulan sesama pelajar transeksual, malah bagaikan wujud pula satu budaya baru di kalangan mereka. 

Kewujudan pelajar lelaki lembut di kampus boleh memberikan implikasi negatif terhadap imej universiti sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan. Walaupun bilangan pelajar yang terlibat dalam gejala ini adalah kecil, tetapi keadaan ini tetap membimbangkan sekiranya jumlah itu semakin bertambah saban tahun. Seperti yang kita sedia maklum, pihak universiti menerima jumlah kemasukan pelajar yang ramai, dan tidak mustahil di kalangan mereka ini terdapat pelajar transeksual atau cenderung kepada ciri-ciri kewanitaan.  Apa yang membimbingkan mereka akan terjerumus ke dalam kancah kehinaan seperti homoseks, AIDS/HIV positif yang boleh mengancam budaya hidup sihat di kampus. 

Selain itu, kemunculan golongan ini mencemarkan budaya dan agama. Kebanyakan golongan lelaki lembut ini terdiri daripada orang Melayu atau lebih tepat lagi lelaki Muslim. Menurut Kajian oleh Yik (1998) mendapati bahawa terdapat seramai 10 000 mak nyah di seluruh negara.  Daripada jumlah itu, 70% - 80% adalah Melayu dan selebihnya adalah dari etnik Cina, India dan lain-lain etnik minoriti. Dan angka ini amat menggerunkan dan semakin membarah inilah dalam masyarakat sebagaimana, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual),”.

Menurut Hussim Salleh (2012), kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan. Cuba bayangkan bagaimanakah rupa negara kita pada masa hadapan sekiranya beginilah generasi yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara. 



PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI PELAJAR

Fenomena ini amat membimbangkan memandangkan bilangan golongan lelaki lembut ini dalam masyarakat semakin bertambah. Malahan, kini mereka semakin terbuka dan lantang menyuarakan hak mereka dalam masyarakat, seperti mana yang diperjuangkan oleh pertubuhan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).  
Menurut Othman Hj Mohamed (1995), kemahiran yang ada pada guru bukan sahaja kemahiran mengajar, tetapi mereka juga perlu kemahiran melayan, membimbing dan menasihati. Guru bukan sahaja mengajar malah mendidik. Kita sebagai guru berperanan membentuk insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketerampilan, tetapi juga mempunyai personaliti yang sihat. 

Seorang guru yang cemerlang, mestilah mempunyai personaliti yang unggul dan dikagumi oleh murid. Guru kemas dari segi berpakaian, petah dan berhemah dalam pertuturan, bijak dalam setiap tindakan dan tenang dalam setiap perbuatan. Personaliti guru berbeza dengan bidang kerjaya yang lain. Aura yang ada dalam diri guru akan terserlah dengan sendiri walaupun tanpa diperkenalkan bahawa seseorang itu adalah guru.

Oleh itu,  tidak sewajarnya ada guru lelaki yang berperwatakan lembut di sekolah mahupun IPT sekiranya kita mahu mengatasi isu. Guru yang berperwatakan sebegini akan mempengaruhi personaliti pelajar kerana guru adalah "role model" dalam setiap hal. Bertitik tolak dari situasi inilah, maka pemilihan calon guru perlu mengambil kita aspek personaliti ini. Sepatutnya golongan pelajar sebegini tidak boleh diterima sebagai calon guru pelatih sekiranya mereka masih kekal dengan identiti mereka itu.  Bukan berniat untuk merampas hak mereka sebagai guru, mahupun menafikan hak mereka dalam masyarakat, namun mereka ini perlu berfikiran positif.

Peranan guru dalam membentuk personaliti pelajar adalah sangat besar. Guru ialah role model kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion guru itu sendiri. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas tetapi lebih kepada mendidik, dan membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan dan pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia.

Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja. Oleh itu,  tidak sewajarnya ada guru lelaki yang berperwatakan lembut di sekolah mahupun IPT sekiranya kita mahu mengatasi isu. Bertitik tolak dari situasi inilah, maka pemilihan calon guru akan mengambil kita aspek personaliti ini. Sepatutnya golongan pelajar sebegini tidak boleh diterima sebagai calon guru pelatih sekiranya mereka masih kekal dengan identiti mereka itu.  

Peranan guru dalam membentuk personaliti pelajar adalah sangat besar. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas tetapi lebih kepada mendidik, dan membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan dan pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. 

Secara jujur, masyarakat memandang sinis terhadap golongan lelaki lembut ini. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan golongan ini seolah-olah disisihkan dan sering menjadi bahan cemuhan dalam masyarakat. Mereka ini dianggap golongan yang mencemarkan imej bangsa dan agama.

Dalam situasi di sekolah, seseorang pelajar yang berperwatakan lembut sering diejek oleh rakan-rakan. Oleh itu, pelajar lelaki yang berperwatakan lembut ini lebih serasi untuk bergaul dan berkawan dengan pelajar perempuan, ataupun berkawan dengan rakan dari golongan yang sama perwatakan dengan mereka.  Pendek kata di mana sahaja mereka berada, mereka pasti akan dihina dan dicemuh.

Guru ialah golongan yang profesional. Jadi sebagai seorang yang bergelar profesional guru mestilah berperanan dengan baik.  Walaupun sebagai manusia, kita sendiri mengutuk golongan seperti ini, namun dalam konteks kita sebagai seorang pendidik, kita mesti membetulkan kecelaruan ini. 

Guru mesti berperanan dengan cara menegur pelajar lelaki yang menunjukkan kecenderungan ke arah berperwatakan wanita ini. Guru mestilah menegur dengan berhemah dan bijak, dan bukannya dengan cara mengejek atau pun menghina. Di sinilah letaknya perbezaan kita sebagai seorang guru berbanding anggota masyarakat yang lain, kerana  seorang guru yang sejati sentiasa dituntut agar bersabar dan tertib dalam setiap tutur kata.

Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar. hal ini kerana setiap perbuatan atau tindakan guru, pasti akan dilihat dan akan dicontohi oleh murid. Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja. Janganlah menjadi seperti "ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus".

Pentingnya sebagai seorang guru mempunyai sahsiah yang baik agar guru akan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Kita tidak mahu menjadi seperti kata pepatah yang berbunyi  “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.

Sebagai ‘role model’ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.

PENUTUP


Fenomena pelajar lelaki lembut di institusi pengajian tinggi sama ada IPTA atau IPTS dilihat sebagai satu bentuk gejala sosial yang wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. Perkara yang lebih membimbangkan ialah dari segi peningkatan jumlah pelajar yang terlibat dalam gejala ini dikatakan semakin bertambah dan lebih mendukacitakan kebanyakan mereka dari kalangan lelaki Islam. Sedangkan sudah jelas dan nyata bahawa perlakuan ini sama sekali dilarang dan dilaknat oleh Allah swt.

Kita mengambil pedoman dan iktibar dari kaum Luth. Kaum Nabi Luth telah menerima bala dan seksaan daripada Allah di atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Allah telah mengutuskan Nabi Luth namun, ajaran dan nasihat nasihat Nabi Luth tidak sedikit pun mereka hiraukan malah semakin menjadi-jadi. Akhirnya disebabkan oleh perbuatan terkutuk mereka yang langsung tidak mengendahkan nasihat dan teguran Nabi Luth, maka Allah telah mengazabkan kaum Nabi Luth dengan bala yang sangat dahsyat, iaitu menenggelamkan segala isi bumi ke dalam tanah dan disertakan hujan batu. Kini ia dikenali dengan “Laut Mati”.


SENARAI RUJUKAN

Othman Hj Mohamed. Et al. 1995. Asas Pendidikan IV (sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak). Long Man Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Abd Rahman Bin Ahmad. 2006. Pembangunan Modal Insan; Apa dan Kenapa Perlu dalam Konteks Organisasi Di Malaysia. Human resources Academy: Kuala Lumpur.

Ragbir Kaur A/P Johinder Singh. 2005. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Sufian Hussin. 2004. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




2 comments:

  1. Replies
    1. upgrade your testosterone. fikiran lebih tajam, fizikal lebih kuat. suara lebih dalam dan kasar. keyakinan tinggi. takkan jadi lelaki lembut atau lembik.

      Delete