ISU GENGSTERISME DI SEKOLAH.
Oleh: Md Sharif bin Shaffai
Pengenalan
Gengsterisme adalah jenis salah laku yang
sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan
menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan
murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali
sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan
negara. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian
gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk
mewujudkan geng. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran
dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher
(1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri
seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan
secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser juga menyatakan
bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan
rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian. Secara evolusi
kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang sering kali melakukan
tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Ikatan yang pada mulanya
tidak sehaluan menukar menjadi lebih erat ditambah sangat setia kawan atau
kukuh serta mengamalkan tradisi kumpulan.
Manakala Miller’s
(1980) mendefinisikan gang ini adalah termasuk dalam aktiviti haram dan sentiasa
berubah-ubah. Manakala Klein & Maxson pula menekankan gang ini adalah suatu
aktiviti haram dan suatu yang kritikal. Mereka mencadangkan 3 kriteria untuk
mendefinisikan gang iaitu :
a)
Aktiviti kumpulan secara umumnya di pandang negatif oleh undang-undang.
b)
Masyarakat mengiktiraf kumpulan tersebut.
c)
Aktiviti yang dipandang negatif oleh kumpulan masyarakat.
Taylor
(1993), ia merujuk kepada empat kriteria yang berbeza mengenai gang
daripada
asspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja. Kriteria itu adalah
termasuk:
a)
Struktur organisasi yang formal (bukan sendikit).
b)
Kepimpinan.
c)
Mengenal pasti kawasan jajahan.
d)
Interaksi semula.
e)
Perkara yang melekakan atau tingkah laku ganas.
Menurut Haslina Hassan (2000), mendapati
bahawa delinkuen dan tindakan ganas oleh para remaja merupakan perlakuan yang
diwariskan oleh para remaja lelaki yang lebih tua kepada yang lebih muda dan
aktiviti -aktiviti tertumpu beberapa kawasan di luar sekolah. Begitu juga dengan
Bodinger-de-Uriarte (1993), mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa dan status
merupakan penyebab utama para remaja menyertai gengster jalanan di Amerika
Syarikat. Majoriti daripada gangster tersebut merupakan geng lelaki dan
ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai latarbelakang etnik yang sama.
Masalah pelanggaran disiplin di sekolah tidak pernah selesai semenjak dahulu sehinggalah
sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua pihak yang
terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibubapa serta pihak
kerajaan. Laporan-laporan tentang salahlaku para pelajar sentiasa mendapat
tempat didalam akhbar di negara kita. Semua pihak mahukan sekolah sebagai
sebuah tempat yang selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Gengsterisme
Institusi Kekeluargaan.
Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.
Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lai sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.

Pengaruh Rakan-Rakan.
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.
Kekuatan Diri Sendiri.
Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme.

Kesan
Persekitaran.
Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme.

Media
Massa.
Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Sekolah.
Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme, tetapi sekolah boleh menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum kelas bermula, masa rehat, masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas.
Didikan Agama.
Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.

Langkah
Mengatasi Masalah Gengsterisme
Terdapat beberapa langkah yang boleh
diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan
masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali.
Antaranya:
Peranan Ibu Bapa.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka.
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah.

Peranan
Sekolah.
Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.
Peranan Masyarakat.
Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar.
Peranan Kerajaan.
Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.
Peranan Media.
Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.
Rujukan:
Azizi bin Hj Yahya, Rosnah bt Hj Buang (2000). Punca Berlakunya Gengsterisme
Dikalangan Remaja Di Beberapa Sekolah Di Empat Buah Negeri. Fakulti Pendididkan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Link yang berkaitan:
http://my.opera.com/karanganbm/blog/gangsterisme/
http://www.yadim.com.my/Remaja/
http://jiajia-goodday.blogspot.com/2010/10/gangsterisme.html

Video Pilihan :

No comments:
Post a Comment